Friday, December 30, 2011

L.O.V.E






Food for thought...

Mengapa ambil untuk dibuang??


Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar selamat. Atau kita mengikut jejak-jejak yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat. Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.

Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh semua orang. Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani.
Maka mereka mempamerkan kekayaan dan juga keupayaan mereka. Manusia menterjemahkan kekayaan itu mengikut apa yang mereka miliki. Motivasi juga bermakna satu usaha untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Tiadalah ertinya jika kejayaan dan kecemerlangan itu tidak dapat diterjemahkan pula kepada bentuk benda.

Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang-kadang yang baru mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga , amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah - olah tiada apa-apa.

Semua ini membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang itu boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya. Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia.
Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah saja bercerai dan berpatah arang ? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan-kenangan manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan kenderaan yang pernah kita miliki.

Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah-olah dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibaratkan pampers, pakai dan buang.

Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga keakhir usia. Memang bukan semua dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama-sama berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masaalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masaalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.

Semua yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Ada kalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagiaan kita, lantaran jika kita mendapat bertambahlah masaalah, menjadilah penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.

Selalu kita menyangka yang ditangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam.
Selalu kita meletakkan impian muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

Jangan mudah membuang tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang.

Cincin perkahwinan adalah cincin termahal didunia, sebab pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.



Oleh : DR.HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ.

Wednesday, December 28, 2011

Churp Churp!


hari nie tgk balance gaji.. hemmm..
sodih.. tgk calendar company..
ok.. tak lama lagi nak gaji balik.. itupun sebab
Chinese New Year so gaji masuk cepat...
ishhh.. macam tu lah tiap tiap bulan..
dapat gaji.. bayar itu ini segala hutang bagai.. 
check balik bila nak dapat gaji...

so ? apa related dgn churp churp nie..?
bukan apa tertarik gak tgk blogger lain..
citer pasal churp churp nie.. boleh tahan gak earnings dorang..
yer lah blog diaorg dah terkenal dah ramai follower..
blog den.. hemmm.. heheheee.. perasan mcm ada yg baca..
tapi tak per.. ini tidak mematahkan semangat ku.. chewwah..


Yerlah walaupun Churp Churp nie just boleh collect duit 10sen 20 sen jer..
or paling besar pun RM1 tapi kalau betul2 boleh buat duit tepi2 aper..
duit tepi2? alaaahh duit sampingan.. at least selain gaji yg tak seberapa (Alhamdulillah)
boleh lah membantu kalau sesak..
 tapi bukan terus dapat yer .. kenalah sabar... 

kata pepatah sikit sikit, lama lama jadi bukit...

so kat bwh nie ader citer pasal churp churp.. copy paste dari website churpchurp..


1.      What is Churp Churp?

If you love sharing with your friends on the latest happenings, trends and brands that you like and love, then Churp Churp is definitely for you! We are a community that rewards social media influencers like you for sharing messages on the latest updates, campaigns and events! As a member, you can also join the different contests & events that we have from time to time to mingle around with like-minded fellow Churpers! You will get email notifications regarding the latest updates and events from time to time! Awesome, yes?
2.        Can I join Churp Churp?Of course!                                                                           
You can join Churp Churp as long as you are social media user! Don’t worry if you don’t have a Facebook or Twitter account, you can also share it via other platforms that you have e.g: Blogs, Instant Messaging and so much more! But of course, having more platforms = more ways to share = more rewards!
 Faham tak? kalau x faham baca banyak kali sampai faham yer.. heheheeheheee..
Kalau dah faham, apa lagi, boleh isi borang buat duit kat sini >> REZEKI
Tapi jangan harap la hari ni  isi, esok terus nak dapat seratus..kena usaha, kena sabar..S.A.B.A.R.. yerrr.. 

If u love sharing with ur friends on the latest happenings, trends and brands that you like and love, then Churp Churp is definitely for u !

Tuesday, December 27, 2011

L.I.F.E




Produk NR



hai semua..
start to shopping online semula..
bukan aper .. tgk time nie ader offer..
kalau beli kat luar mgkin dapat harga biasa..

tapi kat sini http://www.nr4u.com.my bila jadi ahli
boleh dapat diskaun 20% berbaloi rasanyer...
best best...

dah guna masa berpantang hari tu and  produk nie
memang serasi dgn badan.. so dapat tau ader sale apalagi...



harga ahli RM87 pas tu dapat diskaun lagi..
ishhh suka nyer.. 


apalagi cepat cepat kalau berminat klik kat link tu yer..
now ader YES 2011!   :)
better jadi ahli tau.. senang jer step nak jadi ahli maya..
charge pun 0.30 sen jer for SMS...

wahhh.. promote lebih nampak.. hehehehheee..




Thursday, December 22, 2011

entry x der tajuk



bosannyerrrr...

anyway comel tak baby nie..
best nyer kalau dapat baby boy kan..










Wednesday, December 14, 2011

makan makan datang lagi..


title tu kena bunyikan mcm nie tau
"Tora datang lagi" heheheheheee..

makan makan nie sempena birthday MIL on 121211..
cantik kan.. next year lagi best tarikh 
121212..  :)

terima kasih kepada yg datang and
 terima kasih gak untuk emak and adik-adik sebab banyak tolong
untuk melancarkan majlis nie..

menu mee kari, mee sup and sate
ada sedikit buah-buahan and kek yg kakak ipar buat..
terima kasih semua...




nie bunga dari kakak Bedah.. x dapat balik.. ader hal..


kek for MIL


saat2 memotong cake heheheheee..sporting MIL


makanan atas meja..

Terima Kasih sekali lagi... 

Friday, December 2, 2011

dah jumaat..


yea yea yea..
hari nie dah hari jumaat..
tak sabar nak cuti..

sabtu, ahad and isnin..
bestnyer..