Tuesday, January 31, 2012

trifle sedap...



x sabar nak menghabiskan di bawah ini....
nyum..nyum...nyum...




nurul syuhada



nurul syuhada nama diberi..
dother of Kak Fauziah... Mak yah untuk afifah n arissa..

comel kan..!




Saturday, January 14, 2012

abah datang..



abah sampai petang Jumaat..
tujuan dtg sebab nak gi wedding saudara kat Putrajaya..
gigih abah dtg.. pas tu nak balik Pontian esok pkl 4.30pm..yer lah maybe sebab mereka dulu
dtg masa wedding kita org so x  best kan kalau x pergi bila time mereka..
ok.. good abah.. tapi itulah yg parents kita org terapkan..
walau jauh macam mana pun.. mesti pergi gak..

mak tak follow.. mak gi wedding kat kg..

kami gerak awal.. sebab first plan nak gi satu tempat.. tapi x jadi..
so sampai san dlm pukul 12 tghari.. hehheheee..
nasib baik mereka kata tak per .. masuk jer..
luper.. wedding tu kat Dewan Sri Siantan , Perbadanan Putrajaya..
so disebabkan kami sampai awal.. org pun x ramai.. 
mostly.. adik beradik.. and family mereka.jer..

tapi best gak sebab dapat mkn dgn selesa..  n lauk pun panas lagi..
best best best.. hehheheee.. masakan sedap2 lak tu..
kami x tunggu lama..x jumpa pengantin pun..
tak per dapat jumpa saudara mara.. perut dah kenyang..
 dalam pukul 1 lebih kami pun pulang..
dan berkejar lak nak balik seremban..
yer lah abah nak naik bas pukul 4.30 kan..
and 4. 30 abah naik bas.. bye bye abah..
sekejap jer datang.. abah kata banyak hal.. banyak meeting hehhehee..

ok ada snap gmbr sikit.. enjoy..!!



anak dara den.. heheeheee


sempat lagi tu..


papa dan anak dara's


ingginyerrr.. arissa cakap..


kakak yg sentiasa mengawal adiknyer..



selamat datang..


afifah makan banyak.. best!


dah mengantuk.. hehehhehee.. pas tu tunggu mama n arissa minum....



cendollll!


tgk.. gigih tak kami anak beranak minum cendol..  :)


suka arissa..





acik mira.. 


ok.. nie afifah with atok..

terima kasih atok!








Wednesday, January 11, 2012

First holiday 2012


cepat jer dah 2012 kan..
sekarang nie masa pun rasa cepat jer berlalu...

ok lah.... jalan-jalan nie tak di rancang..
kakak ipar htr msg jumaat mlm and ajak pergi sama-sama 
actually nie percutian belah husband kakak ipar..
tapi kita org memang selalu jumpa n berkumpul..
so mcm dah biasa lah dgn diaorg..

nak tau gi mana?.. dekat jer..
kalau jauh tak der kita org nak follow.. 
yerlah..ongkos nya perlu di pikirin..
fikir2.. nie pun free.. kita org tmpg ikut jer.. satu malam jer pun..

kami gi Pantai Indah Seaview Apartment..
dekat dgn Pantai Remis.. 
perjalanan dalam 1 jam 1/2..

ok.. memandangkan kami sampai dah nak maghrib
so x banyak xtvt kami follow..


arissa yg keletihan..


curi-curi ambik gambar.. malu.. org solat ko ambik gambar laks.. hehehee


masa  on the way nak g barbeque.. kat tepi pantai..


tempat bbq


afifah yg ceria walaupun dagu luka dek main lari-lari..


pemandangan dari tingkat 7..


muka anak yg kesejukan mandi pool..






so far ok lah.. berpatutan dgn harga ..
walaupun bangunan lama tapi bersih..

terima kasih kakak Jah..



Wednesday, January 4, 2012

yg di tunggu telah tiba..



wuhhuuuu.. akhirnya..
telah tiba jua.. setelah menanti dgn sabar nye..

thanks Ezmah!

















bestnyer.. x sabar nak guna


Tuesday, January 3, 2012

Youth Code



Dulu kan.. masa zaman belajar ..
suka pakai produk L'Oreal nie..
macam banyak duit kan.. duit pinjaman semua  tu..
tapi suka nyer pasal.. sebab bila guna nie kulit jadi cantik 
kulit pun x kering.. jadi cerah and lembap..


sekarang nie tengok L'Oreal ada banyak rangkaian penjagaan kulit..
salah satu nyer ialah bawah nie...

 Youth Code Youth Regenerating Pre-essence




tgk bottle pun dah menarik kann... mesti try nie..



Youth code nie sesuai untuk semua jenis kulit and umur tau..
tgk gambar atas nie memang menarik kan? yer ker? nak tau yer ke tak.. 
isshhhh... best nie..jom kita check ..




Sunday, January 1, 2012

Petua banyakkan susu badan


Note : Di kopipes dr facebook utk simpanan sendiri ...


Petua banyakkan susu badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis


Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.