Friday, April 15, 2011

Tazkirah hari Jumaat

Salam.. cepat sungguh hari Jumaat kan..
pejam celik pejam celik dah Jumaat..
tapi best sebab esok hari cuti.. hehehehe

ok kat bawah nie ada something nak share..
petikan kata kata dari seorang kenalan office
untuk memotivasikan diri kita yang sedang berkerja nie..
lagi-lagi bagi mereka yang rasa nak berhenti keje
jadi suri rumah jaga anak lagi bestt..hehehehehehe
lagipunn hari nie hari jumaat mesti mood keje dah kurang..

ok.. renung renungkan dan selamat beramal  :)
terima kasih kepada Pak Yem..

“Ada orang keluar bekerja kerana cari makan. Maka orang ini tak ubahlah seperti
 seekor kambing yang keluar pagi kepadang ragut untuk makan rumput.

Ada orang yang keluar pergi cari rezeki, katanya. Maka berhempas pulaslah
dia bekerja kerana barang yang dicari itu bukan ke lebih susah daripada
barang yang sedia ada. Bukan ke rezeki tu memang Allah dah sediakan untuk kita?
 Apa nak susah-susah cari? Itu yang kadang-kadang kita kerja bagai
nak gila kerana takut terputus rezeki. Silap-silap kita percaya boss kita
yang menentukan rezeki kita. Dah…syirik pulak kita nanti, nauzubillah.

Ada pula orang yang keluar bekerja kerana Allah dan dengan nama Allah.
“Lillahita’ala” dan “Bismillah”. Bukan ke semua ibadah khusus
kita dimestikan ada “Lillahita’ala”? Niat Solat ada sebut, Lillahita’ala, puasa,
Lillahita’ala. Makan minum pun kita mulakan dengan Bismillah.
 Kenapa pulak keluar kerja kerana cari makan atau cari rezekii pulak?
Kalau kita keluar dengan Lillahita’ala dan Bismillah, yang dah tentunya,
sepanjang hari kita bekerja, dikira sebagai ibadah. Kita memerah otak
berfikir tentang kerja, dikira sebagai ibadah. Hasil kerja kita yang
digunakan dan dimanfaatkan oleh orang lain, dikira sebagai amal jariah, InsyaAllah.

Sudahlah amalam sunat kita sikit, solat sunat sekali-sekala, puasa sunat
jarang-jarang, sedekah sikit-sikit, baca Quran pun malam Juma’at saja,
 itu pun Surah Yaasin saja. Kalau nak harapkan solat sunat, puasa sunat
dan sedekah yang sikit tu, tentu sikit saja ibadah dan amal jariah kita.
So, betulkan niat kita, tanggapan kita dan pegangan kita bahawa
kita keluar bekerja Lillahita’ala dan dengan Bismillah.
InsyaAllah beribadah kita sepanjang hari. Kan interesting kerja kita jadinya.

Allah membina peribadi manusia dengan rukun Iman, rukun
Islam dan rukun Ihsan. Ihsan tu bermakna kita berbuat sesuatu
 termasuk kerja kita seolah-olah kita nampak Allah didepan kita.
Of course kita tak nampak. Tapi yang pastinya kita tau, percaya
dan yakin Allah nampak kita. Disitulah datangnya kesungguhan
kita bekerja. Dengan ihsan akan datang semangat dan dedikasi
untuk bekerja, penuh dengan kejujuran dan rasa tanggungjawab.
(Please refer to hadis kedua dalam kitab ‘Hadis 40’ karangan Imam Nawawi
on the subject of ‘Ihsan’).”


terima kasih kerana sudi membaca..
rasa insaf kannn...
jadi marilah kita berkerja dgn bersungguh-sungguh...

No comments:

Post a Comment